Kilang pengeluaran PPE Iconic Worldwide siap dibina

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Iconic Worldwide Bhd, menerusi anak syarikat milik penuh, Iconic Medicare Sdn Bhd menyiapkan pembinaan kemudahan pengeluaran peralatan perlindungan diri (PPE) baharu bernilai RM200 juta yang menghasilkan sarung tangan dan pelitup muka perubatan.

Syarikat senaraian awam yang turut terbabit dalam sektor pelancongan dan pembangunan hartanah itu pada Selasa memperoleh Sijil Siap dan Pematuhan (CCC).

Terletak di atas tanah berkeluasan kira-kira 5.5 ekar di Taman Perindustrian Batu Kawan, kemudahan itu sedang memasang dan memulakan operasi barisan pengeluaran sarung tangan dan pelitup muka perubatan pakai buang.

Ia dijangka menghasilkan kapasiti pengeluaran minimum sebanyak 3.3 bilion keping sarung tangan dan 220 juta keping pelitup muka perubatan setahun.

Pada peringkat awal, kumpulan memulakan operasi empat barisan pengeluaran yang menghasilkan pembentuk sarung tangan berganda dan merancang untuk meningkatkannya kepada enam barisan pengeluaran menjelang akhir tahun ini.

Menjelang suku pertama 2022, keseluruhan 12 barisan pengeluaran pembentuk sarung tangan berganda dan 20 barisan pengeluaran pelitup muka perubatan akan dipasang serta mula beroperasi.

Pengarah Urusan Iconic Worldwide, Datuk Tan Kean Tet, kumpulan menjangkakan permintaan ke atas PPE kekal mampan meskipun pasca

pandemik COVID-19 berikutan norma baharu dan kesedaran awam terhadap keperluan perlindungan diri serta amalan kebersihan.

“Walaupun purata harga jualan sarung tangan menyusut, harga bahan mentah juga merosot sekitar 70 peratus, justeru kami yakin mengekalkan angka pendapatan bersih.

“Tambahan pula, kumpulan akan meneroka kemungkinan menghasilkan getah nitril butadiene (NBR) di Malaysia untuk memenuhi permintaan pasaran bahan mentah ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, ketika ini negara seperti Korea, Jepun, Thailand dan China adalah pengeluar utama NBR, sedangkan Malaysia adalah pengimport dan pengguna terbesar di seluruh dunia dengan menggunakan 65 peratus daripada bekalan NBR dunia.

“Dengan mengeluarkannya secara tempatan, pembuat sarung tangan akan dapat memastikan bekalan bahan mentah yang konsisten selain mengurangkan kos pengeluaran dan logistik,” katanya.

Mengenai perniagaan sarung tangan getah dan pelitup muka perubatan kumpulan, beliau menegaskan penghasilan produk berkualiti berjalan dengan sangat baik setakat ini.

Katanya, kumpulan menaruh keyakinan penuh untuk bergerak ke hadapan dan berkembang lebih meluas.

“Iconic Medicare mempelbagaikan rangkaian produk pelitup muka perubatan dengan menghasilkan jenis pelitup muka perlindungan baharu seperti alat perlindungan pernafasan KF99 dan KN99.

“Ia didatangkan dengan struktur pelitup muka 3D untuk perlindungan lebih bersesuaian dan perlindungan berganda yang meningkatkan prestasi penapisan keseluruhan.

“Kami adalah syarikat pertama di Malaysia mengeluarkan pelitup muka kuprum oksida KF99 dan KN99 yang berkemampuan membunuh coronavirus seperti dibuktikan menerusi ujian makmal,” katanya.

Source: https://www.bharian.com.my/amp/bisnes/korporat/2021/11/885756/kilang-pengeluaran-ppe-iconic-worldwide-siap-dibina

View Brochure

Nitrile Powder Free Examination Gloves

NON-STERILE | DISPOSABLE | AMBIDEXTROUS

Products Benefits:
  • Fingertip Textured - To enhance wet and dry grip 
  • Latex Free - To provide an alternative solution for natural rubber latex allergic individuals. 
  • Excellent Fit and Soft feel - For outstanding comfort and protection 
  • Beaded Cuff - To makes donning easy and helps to prevent rollback 
  • Ambidextrous - For ambidextrous and straight fingers
Product Specifications:
Type: Powder free, Non-sterile
Material: Nitrile Butadiene Rubber
Size: S, M, L, XL
Colour: Blue

This will close in 0 seconds

View Brochure

Latex Powder Free Examination Gloves

NON-STERILE | DISPOSABLE | AMBIDEXTROUS

Products Benefits:

  • Natural Rubber (Latex) - To provide elastic soft, fit and feel  
  • Excellent Fit and Soft feel - For outstanding comfort and protection 
  • Beaded Cuff - To makes donning easy and helps to prevent rollback 
  • Ambidextrous - For ambidextrous and straight fingers
Product Specifications:

Type: Powder free, Non-sterile
Material: 100% Natural Rubber Latex
Size: S, M, L, XL
Colour: Natural

This will close in 0 seconds

View Brochure

Nitrile Powder Free Disposable Gloves

NON-STERILE | DISPOSABLE | AMBIDEXTROUS

Product Specifications:
Type: Powder free, Non-sterile
Material: Nitrile Butadiene Rubber
Size: S, M, L, XL
Colour: Blue

This will close in 0 seconds

View Brochure

Latex Powder Free Disposable Gloves

NON-STERILE | DISPOSABLE | AMBIDEXTROUS

Product Specifications:
Type: Powder free, Non-sterile
Material: 100% Natural Rubber Latex
Size: S, M, L, XL
Colour: Natural

This will close in 0 seconds