Press Coverage
·
Apr 01
Kosmo - Iconic jangka kilang PPE siap lebih awal
Iconic jangka kilang PPE siap lebih awal

iconic31 1617179084

PETALING JAYA – Kilang pembuatan peralatan perlindungan diri (PPE) milik Iconic Worldwide Bhd (Iconic) untuk sarung tangan dan pelitup muka telah hampir siap 70 peratus selepas 100 hari pembinaannya.

Pengarah Urusannya, Datuk Tan Kean Tet berkata, progres pembinaannya mengikut jadual yang ditetapkan dan mesin pembuatan sarung tangan telah mula dipasang di kilang berkenaan.

“Pada awalnya, kilang tersebut dijangka siap menjelang bulan Julai 2021 dan akan memulakan operasi pada bulan September.

“Tetapi kami melihat tempoh tersebut akan dipercepatkan. Kepantasan luar biasa daripada proses pembuatan kilang itu adalah kerana kesungguhan kumpulan kerja Iconic serta disokong oleh perunding, pekerja pembinaan dan pembekal,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Selain itu, Kean Tet menjelaskan, Kumpulan telah me­nerima sijil CE dan ISO untuk tiga lapis pelitup muka dan sarung ­tangan nitril yang mana ia akan membolehkan Kumpulan meng­eksport produk ke luar negara.

CE adalah penandaan pentadbiran yang menunjukkan ia memiliki ke­sesuaian dengan ke­sihatan dan keselamatan serta piawaian perlindungan persekitaran untuk jualan produk di rantau ekonomi Eropah.

ISO pula adalah piawaian untuk memastikan kualiti dan keselamatan bagi produk serta perkhidmatan di perdagangan antarabangsa.

“Memandangkan Iconic Worldwide dan Iconic Medicare kini bersedia menjadikan negara sebagai pengeksport utama PPE, kami bangga menjadi salah satu pe­nyumbang kepada simbol barang buatan Malaysia” jelasnya.

Pada bulan Disember lalu, Ico­nic Worldwide melalui subsidari­nya, Iconic Medicare menganjur­kan majlis pecah tanah kilang pembuatan PPE yang dij­angka menghasilkan sehingga 3.5 bilion keping sarung tangan setahun.

Source : https://www.kosmo.com.my/2021/04/01/iconic-jangka-kilang-ppe-siap-lebih-awal/

Iconic Worldwide
© 2019 Iconic Worldwide Berhad. All rights reserved.