Press Coverage
·
Dec 14
Kosmo - Iconic labur RM155 juta bina kilang pembuatan PPE di Batu Kawan
Iconic labur RM155 juta bina kilang pembuatan PPE di Batu Kawan

iconic pecah tanah2

Iconic labur RM155 juta bina kilang pembuatan PPE di Batu Kawan

SEBERANG PERAI – Iconic Worldwide Bhd. (Iconic) mahu menguasai pasaran sarung ta­ngan getah dunia sehingga lima peratus menjelang lima tahun akan datang dengan sasaran untuk mengeluarkan sehingga 17 bilion keping produk tersebut.

Pengarah Eksekutifnya, James Tan Cho Chia berkata, buat permulaan, Iconic melalui anak syarikat milik penuhnya, Iconic Medicare Sdn. Bhd. di­jangka berupaya menghasilkan sehingga 3.3 bilion keping sarung tangan getah dan 220 juta ke­ping pelitup muka setahun.

Usaha ini akan direalisasikan melalui projek pembinaan kilang pembuatan peralatan perlindu­ngan diri (PPE) di Taman Perindustrian Batu Kawan di sini dengan pelaburan sebanyak RM155 juta.

iconic online1

Menurutnya, kilang itu dijangka mula beroperasi pada September tahun depan dan ia memiliki 22 barisan pengeluaran yang terdiri daripada 12 barisan mencelup sarung tangan getah dan 10 barisan pengeluaran pelitup muka.

“Tempahan yang diterima kini telah melebihi daripada jumlah yang akan kami hasilkan dan kebanyakan tempahan yang diterima adalah dari Eropah dan Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pecah tanah kilang tersebut di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Pengarah Urusan Kumpulan Iconic, Datuk Tan Kean Tet.

Berdasarkan makluman Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia, permintaan du­nia terhadap sarung tangan getah dijangkakan sebanyak 330 bilion keping setahun.

pecah tanah online 5

Cho Chia menjelaskan, ini bermakna pengeluaran daripada kilang baharu syarikat iaitu sebanyak 3.3 bilion keping sarung tangan getah setahun itu adalah bersamaan dengan satu peratus daripada pengeluaran dunia.

Selain itu, tambah beliau, pembabitan syarikat dalam industri pembuatan PPE bermula di Bukit Tengah, Bukit Mertajam sejak Mei lalu.

“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), industri pelancongan dan hospitaliti terkesan menyebabkan kakitangan Iconic Hotel turut terjejas.

“Kami memutuskan untuk menceburi bidang pembuatan pelitup muka yang dikendalikan kakitangan hotel sekali gus dapat mengelakkan pemberhentian pekerjaan,” ujarnya.

Source : https://www.kosmo.com.my/2020/12/14/iconic-labur-rm155-juta-bina-kilang-pembuatan-ppe-di-batu-kawan/

Iconic Worldwide
© 2019 Iconic Worldwide Berhad. All rights reserved.